Rabu, 31 Disember 2008

Tahun Baru VS Azam Baru

Budak Sabah seronok betul hari ni, lepas sambut Maal Hijrah 3 hari lepas sambut tahun baru masihi pulak hari ni. Tapi dalam seronok tu pening juga sebab banyak guna duit bila da masuk tahun baru. Apa tah lagi bagi kawan kawan yang punya ramai anak bersekolah. Mana nak beli baju baru, kasut baru, seluar baru, buku baru, beg baru dan macam macam lagi. Ada kawan tu anak dia masuk sekolah asrama penuh dan tahun ni belanja dah agak kurang sikit sebab sejak 2008 kerajaan dan mansuhkan yuran sekolah. Sebelum tu katanya dia kenak sediakan hampir RM600, tapi sekrang ni cuma dalam RM100 lebih. Dapat la tarik nafas legak ckit, katanya lagi.

Tu lah Budak Sabah pun harap bagi yang ramai anak tu, minta la anak anak pakai baju tahun lepas selagi masih boleh dipakai. Pas tu buku buku rujukan abang atau kak, adik masi le gunakan. Baru lah kita ikut seruhan kerajaan kena jimat cermat dalam keadaan ekonomi gawat. Kalau orang kerajaan untung juga sebab dapat bonus, tapi bagi pak cik mak cik di kampung, aduh betul betul pening time masuk sekolah ni. ini lah azab setiap kali menyambut tahun baru.

Cerita pasal tahun baru, Budak Sabah pun macam kekawan juga ada azam baru. Tiap tiap tahun ada azam dan macam macam azam. Nak simpan duit la, nak study lagi la. Tup tup azam tinggal azam saja. Ramai juga kawan kawan yang azamnya ke jinjang pelamin tahun baru ni. bagus la kalau macam tu benda baik tak patut di lambat lambatkan. Betul tak !

Budak Sabah juga angan angan nak beli kereta tapi bukan la kereta baru sebab tak mampu. Hari tu masa lalu dekat pantai, budak sabah terpandang kereta mini cooper warna kuning parking, aduh menawan sekali. Tapi rasanya angan angan saja tak cukup kan apa tah lagi azam tahun baru ni nak kurangkan hutang dalam kad kredit. Bagi kawan kawan yang banyak hutang dalam kad kredit tu kenak beringat sebab kalau da tak terbayar sediri cari bala. Tu uang budak Sabah takut bangat.

Tak tau la budak Sabah ni, tahun baru 2009 ni dapat ka azam baru dicapai....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Tanah..

Betul bagai dikata, kami pun mengharap usaha kami tidaklah hangat - hangat tahi ayam.. tahun baru laman kejiranan kita pun baru, laman tuan tanah telah dilink ke laman kitani..