Sabtu, 30 Mei 2009

Kapal sesak jalan pun sesak

Budak sabah baru tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki air asia. Kapal baru hebat sungguh di tambah lagi dengan penumpang yang penuh. Penuh sesak penumpang yang berbaris menungu giliran nak chek in. Time cuti sekolah syarikat penerbangan tokehnya tersenyum lebar kantongnya penuh. Kaang kadang terfikir juga budak sabah, baai mana mas boleh rugi berpuluh tahun sedangkan kapal dari kk sentiasa penuh. Budak sabah pun terpaksa naik kapal tambang murah nak ke KL. Kalau kapal tambang murah boleh untung kenapa tidak mas. Baru tahu lepas kalau tak silap mas mencatatkan keuntungan. Tahniah kepada datuk Idris yangmembuat perubahan kepada mas tapi untung tahun ni kenalah meningkat kerana kapal pun selalu penuh, pasti mas dapat untung banyak.
Kapal penuh sesak, sampai KL jalan pun penuh sesak walau pun sabtu hari cuti umum. Nak kata gawat apanya sebab makin banyak kereta di atas jalan raya ibu negara. Ni la yang orang kata mundur susah maju pun susah, Yang untung di tengah tengah jugak. Apa un time cuti sekolah ni masa mandu kena la berhati hati. Iat orang tersayang disisi anda.

Isnin, 25 Mei 2009

Udang Oh Udang

Petang ni budak sabah pekena udang galah king size kat Beluran.Lepas beli kat pasar terus ke warung petang mintak mak cik warung masak tumis cili. Apa lagi terangkat terus mee goreng udang galah. Harap2 esok tak gdl le sebab makan udang bukannya apa esok kan nak bagi ceramah. Malu jugak kalau penceramah jalan terenjut enjut sebab kaki bengkak pekena badi udang galah. Alahai emak.
Sampai bilik penginapan lampu kat bilik rosak tak le menyala. Terpaksa le guna cahaya lampu dari toilet kalau tak hitam pekat le jadinya kat bilik. Cari penjaganya tah hlang ke mana pulak. Nasib nasib............Hai nak study ckit pun tak boleh. Esok ceramah belasah jak la. Tapi budak sabah sempat baca peper semalam, kata PM sebenarnya 1Malayisa ni tak menentang perlembagaan Malaysia. Maksudnya kita bagi peluang sama rata kepada rakyat berlandaskan undang undang dan perlembagaan negara. Baru la hidup aman damai sentosa dan sejahtera.
Kalau kita asyik bertelagah sesama sendiri yang rugi kita juga. Orang luar sukak kalau kita berpecah kerana selama ini kita menjadi contoh negara membangun yang rakyatnya bersatu padu membangunkan negara tercinta.

Sabtu, 23 Mei 2009

ori dan rom

Budak sabah bukanlah seorang yang pentingan jenama sangat termasuk lah dalam soal berpakaian. Adalah juga sehelai dua baju ori jenama terkenal yang budak sabah beli. Cerita pasal jenama ni, sebulan dua kawan kawan kat ofic sibuk ngan baju berjenama yang mereka pakai. Dah la mahal ori pulak tu. Rupa rupanya kawan kawan budak sabah cari baju bernama di rom. Jauh sangat tu nak beli baju sampai kat rom. Ada juga kawan kawan yag tak tau istilah rom tu kecuali orang yang asal dari daerah Tawau kerana di Tawau banyak rom. Banyak rom? Pelik pulak kan. Sebenarnya rom tu singkatan dari perkataan rombengan. Rombenan membawa maksud pakai terpakai dan kalau kat Semenanjug orang panggil baju bandel. Cerita pasal baju bandel ori atau rom ori, dekat gerai atau kedai rom kat Tawau cukup murah. Cari apa jak jenama, kompom dapat apa tah lagi time pengerai bukak bandel baru pasti jumpa punya. Harga lumayan murah, kauliti good n kadang kadang terjumpa yang belum pakai.
Pagi tadi budak sabah ada pegi rom kat kg air, kk n ada yang baru bukak bandel. Dapat lah budak sabah sambar 2 helai baju kemaja tangan panjang jenama banana republic ngan harga
rm9 sehelai selepas di tawar. Harga asal rm12. kalau kat bundel KL harganya palin kuang rm40 . Sampai rumah rupa rupanya baju tu tak di pakai lagi maksudnya masih baru siap dengan teg. Rasa untung pula kan. Kalau nak beli baju jenama terkenal tu mau juga terbang rm3-4 ratus sehelai kan.
Sebenarnya budak sabah pun jarang belai baju kat rom ni kecuali seluar jeans levis sebab murah sangat n rasa selesa di pakai. Pernah budak sabah beli seluar levis dapat harga RM65 lepas tawar menawar. Bila bukak internet, seluar berkenaan dijual sampai rm500. Macam tak percaya kan.
Esok budak Sabah nak pegi daerah Beluran, Sandakan. Ada jemputan ceramah 1Malaysia pada selasa pagi. Kat Beluran udang galah king size berlambak n cukup segar. Takut juga terlebih makan bkannya apa budak sabah pun ada lersen gdl jugak he he. Nak udang boleh kekawan, budak sabah boleh send gamar udang la ha ha ha.

Selasa, 19 Mei 2009

Mangga Pilipin VS Harum Manis

Budah Sabah ni memang gemar makan buah mangga. Di Sabah mangga pilipin dan mangga manila cukup populer. Manga pilipin ni yang heran nya tak ikut musim sentiasa ada berjual di pasar pilipin di Kota Kinabalu dan bandar banda besar yang lain. Tapi mangga ni walau pun nampak cantik sebab warnya kuning, kalau tak berapa masak rasanya agak masam. Budak sabah pun kalau teringin nak makan, masa nak beli kena cium dulu kalau wangi tu bererti buahnya masak. Manga Manila pula banyak di tanam di kampung kampung. Di papar kononnya banyak bebanar buah mangga ni. kalau musim memang banyak. Berlambak kat Gaya street kalau unjung minggu. Budak sabah gila benar makan manga manila kerana rasanya manis dan isinya warna oren. Tapi kadang kadang takut juga kalau banyak makan bukan apa takut kena kencing manis pula.
Hari tu budak sabah jalan jalan cari makan kat negeri Perlis, dan terlihat lah banyak orang kampung buka gerai mangga. Teringin pula nak makan lalu belilah 3 -4 kilo nak merasa mangga di sana. tapi sayangnya mangga harumanis belum kena tuai di ladang Batu Pahat, Perlis. Nak puaskah hati budak sabah hanya sempat bergambar di bawah pohon harumanis yang hampir meranum itu. Pada tahun 2005 sempat juga budak sabah makan harumanis dengan pulut di pusat pertanian bukit bintang tu, tapi tahun ni hampa.
Orang kata kalau dah rezeki tak kemana. Akgirnya kemarin bila sampai ofic, kawan kawan kata ada kiriman harum manis dari Perlis guna pos laju. Apa lagi bagaikan orang m,engantuk disorongkan bantal, budak sabah bedal la harum manis tu sebiji. Hilang kempunan tahun ni. Petang ni pun rasanya tak sabar nak balik rumah sebab ada lagi harum manis yang da ranum menunggu. kalau kekawan nak tau harum manis perlis ni adalah jenis mangga yang paling sedap di muka bumi ciptaan tuhan. Da lah baunya harum, rasanya manis dan berwarna oren. Sukar untuk diceritakan kesedapannya. Lagi satu harum manis perlis hanya sedap yang tumbuh di perlis sahaja kalau tanam tempat lain harumannya kurang atau manisnya kurang. Ada kawan kata kat jepun sekilo harum manis RM100. Budak sabah tak heran la kalau harganya mahal sebab berbaloi dengan kesedapannya. kat Perlis harga dalam 8 hingga 10 ringgit ikut gred, cukup murah berbanding kualitinya.
Kawan ofic budak sabah pun ada juga tanam harum manis, time berbuah dia bawa juga kat ofic n rasanmya memang sedap tapi tak seharum dan tak semanis harum manis perlis. Tapi bila da dapat makan free yang tak sedap pun jadi sedap. bagi kawan kawan yang gemar makan mangga, cuba cubalah try harum manis. pasti menjilat jari.