Sabtu, 23 Mei 2009

ori dan rom

Budak sabah bukanlah seorang yang pentingan jenama sangat termasuk lah dalam soal berpakaian. Adalah juga sehelai dua baju ori jenama terkenal yang budak sabah beli. Cerita pasal jenama ni, sebulan dua kawan kawan kat ofic sibuk ngan baju berjenama yang mereka pakai. Dah la mahal ori pulak tu. Rupa rupanya kawan kawan budak sabah cari baju bernama di rom. Jauh sangat tu nak beli baju sampai kat rom. Ada juga kawan kawan yag tak tau istilah rom tu kecuali orang yang asal dari daerah Tawau kerana di Tawau banyak rom. Banyak rom? Pelik pulak kan. Sebenarnya rom tu singkatan dari perkataan rombengan. Rombenan membawa maksud pakai terpakai dan kalau kat Semenanjug orang panggil baju bandel. Cerita pasal baju bandel ori atau rom ori, dekat gerai atau kedai rom kat Tawau cukup murah. Cari apa jak jenama, kompom dapat apa tah lagi time pengerai bukak bandel baru pasti jumpa punya. Harga lumayan murah, kauliti good n kadang kadang terjumpa yang belum pakai.
Pagi tadi budak sabah ada pegi rom kat kg air, kk n ada yang baru bukak bandel. Dapat lah budak sabah sambar 2 helai baju kemaja tangan panjang jenama banana republic ngan harga
rm9 sehelai selepas di tawar. Harga asal rm12. kalau kat bundel KL harganya palin kuang rm40 . Sampai rumah rupa rupanya baju tu tak di pakai lagi maksudnya masih baru siap dengan teg. Rasa untung pula kan. Kalau nak beli baju jenama terkenal tu mau juga terbang rm3-4 ratus sehelai kan.
Sebenarnya budak sabah pun jarang belai baju kat rom ni kecuali seluar jeans levis sebab murah sangat n rasa selesa di pakai. Pernah budak sabah beli seluar levis dapat harga RM65 lepas tawar menawar. Bila bukak internet, seluar berkenaan dijual sampai rm500. Macam tak percaya kan.
Esok budak Sabah nak pegi daerah Beluran, Sandakan. Ada jemputan ceramah 1Malaysia pada selasa pagi. Kat Beluran udang galah king size berlambak n cukup segar. Takut juga terlebih makan bkannya apa budak sabah pun ada lersen gdl jugak he he. Nak udang boleh kekawan, budak sabah boleh send gamar udang la ha ha ha.

Tiada ulasan: