Sabtu, 28 Mac 2009

Terharu Vs Terpanggil

Budak Sabah dah agak lama menyepi sebab sibuk meluluh dengan tugas di ofic. Tapi bila tengok tv Chedet tiba tiba muncul disaat saat UMNO nak tutup tirai perhimpunan agongnya, budak sabah cukup terharu dan sebak di dada. Betapa mantan PM kita cukup sayang dengan UMNO. Betapa ramai rakyat diluar sana cukup gembira melihat dua mantan presiden UMNO bersalaman dan kemudian mengangkat tangan bersama sama dengan presiden ke 7. Betapa perpaduan yang retak itu sudah lama di tunggu bila ia kan bercantum kembali. Sebak di dada budak sabah pasti dikongsi bersama jutaan rakyat Malaysia yang mahukan politik negara kembali teguh kerana UMNO adalah tunjang keapda kestabilan politik negara.
Sebab itu lah budak sabah terpanggil untuk bersama meraikan penyatuan UMNO. Budak sabah terpanggil untuk turut serta merasai peristiwa penting dalam sejarah UMNO walau pun budak sabah bukan ahli UMNO. Besar harapan budak sabah seperti rakan rakan lain kerana dengan adanya presiden yang baru, dengan adanya penyatuan semula che det dan pak lah, maka negara kita akan lebih stabil akan lebih aman makmur dan sentiasa dirahmati yang maha esa. Jadi kita kena beri sokongan padu dan kerjasama kepada bakal PM kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengangkat sumpah sebagai PM pada 2 April 2009 ini. Amin.

Khamis, 5 Mac 2009

Bola VS Buli

Bila sebut pasal bola, ramai yang gilakan bola sepak, bola jaring, bola tampar, bebola ikan dan macam macam bola. Tapi bila ceeita pasal bola sepak, satu dunia tau permainan bola ini menjadi kegilaan ramai. Masakan tidak tidur bola, makan bola, siang bola malam pun bola hee hee bola apa tu. Tu la penangan bola sepak yang kadang kadang buat kepala pusing bagi bukan penggemarnya.
Cerita pasal bola ni bagi budak sabah dah tak haitan la sebab perm,ainan ini sebahgaian dari hidup kita. tapi cerita pasal buli membuli ni apa tah lagi di kalangan murid sekolah, tak tau apa nak jadi. Kes di mukah, 9 belasah satu, mana nak menangnya. Tak kesian ka kawan yang kena belasah tu, di mana hati perut mereka. bayangkan apa rasa mereka kalau yang membelasah tu dibelasah oleh orang lain. Da la tu kawan sekolah sendiri pun di belasah juga. Nak kata sistem pendidikan kita tak bagus, tak juga kerana sistem itu lah yang menjadikan budak sabah dewasa hari ini seperti orang lain. Nak salahkah si pembelasah 100% tak boleh juga sebab ibu bapa juga harus diopwertanggung jawabkan. Ibu bapa hari ini sering menunding jari ke arah guru bila kejadian buli berlaku sedangkan mendidik anak mereka dengan didikan agama dan adat resam adalah tunjang keapda sesebuah keluarga.
Jadi bagi budak sabah, kita harus melihat dan memikirkan apakah langkah terbaik untuk kita mengurangkan kejaidan buli di sekolah kerana kejadian buli semakin meningkat dari masa ke semasa di nergara kita.

jangan buta sejarah

Sedih ada, pilu pun ada. Budak Sabah tak tau lah apa nak jadi dengan orang kita ni. Dah pecah rekod dunia bersidang di bawah pokok macam filem Laksmana Do Re Mi pulak da. Kitakan ada undang undang jadi kita kenak la hormati Perlembagaan dan Undang-Undang negara kita. bukan kah kita telah dididik sejak kecil apa itu RUKUN NEGARA.
Kenapa kita buta sejarah bahawa kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Dulu tanah kita milik raja, bila raja dah serahkan kuasa pentadbiran kepada rakyat melalui kontrak sosial 1956, kita sebagai rakyat kena akur dan taat bukannya membelakangkan undang-undang.
Kalau bukan kita yang taat dan setia kepada raja kita, siapa lagi? kalau orang Inggeris begitu menghormati Queen Elizabeth, orang Jepun cukup bangga dengan Majarajanya kenapa kita tidak? Sanggup kah kita menderhaka kepada raja dek kerana nafsu serakah kita? sanggupkah kita melihat keamanan dan kedamaian di bumi kita hancur kerana ada di antara kita buta sejarah dan buta undang-undang?