Khamis, 5 Mac 2009

jangan buta sejarah

Sedih ada, pilu pun ada. Budak Sabah tak tau lah apa nak jadi dengan orang kita ni. Dah pecah rekod dunia bersidang di bawah pokok macam filem Laksmana Do Re Mi pulak da. Kitakan ada undang undang jadi kita kenak la hormati Perlembagaan dan Undang-Undang negara kita. bukan kah kita telah dididik sejak kecil apa itu RUKUN NEGARA.
Kenapa kita buta sejarah bahawa kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Dulu tanah kita milik raja, bila raja dah serahkan kuasa pentadbiran kepada rakyat melalui kontrak sosial 1956, kita sebagai rakyat kena akur dan taat bukannya membelakangkan undang-undang.
Kalau bukan kita yang taat dan setia kepada raja kita, siapa lagi? kalau orang Inggeris begitu menghormati Queen Elizabeth, orang Jepun cukup bangga dengan Majarajanya kenapa kita tidak? Sanggup kah kita menderhaka kepada raja dek kerana nafsu serakah kita? sanggupkah kita melihat keamanan dan kedamaian di bumi kita hancur kerana ada di antara kita buta sejarah dan buta undang-undang?

Tiada ulasan: