Sabtu, 28 Mac 2009

Terharu Vs Terpanggil

Budak Sabah dah agak lama menyepi sebab sibuk meluluh dengan tugas di ofic. Tapi bila tengok tv Chedet tiba tiba muncul disaat saat UMNO nak tutup tirai perhimpunan agongnya, budak sabah cukup terharu dan sebak di dada. Betapa mantan PM kita cukup sayang dengan UMNO. Betapa ramai rakyat diluar sana cukup gembira melihat dua mantan presiden UMNO bersalaman dan kemudian mengangkat tangan bersama sama dengan presiden ke 7. Betapa perpaduan yang retak itu sudah lama di tunggu bila ia kan bercantum kembali. Sebak di dada budak sabah pasti dikongsi bersama jutaan rakyat Malaysia yang mahukan politik negara kembali teguh kerana UMNO adalah tunjang keapda kestabilan politik negara.
Sebab itu lah budak sabah terpanggil untuk bersama meraikan penyatuan UMNO. Budak sabah terpanggil untuk turut serta merasai peristiwa penting dalam sejarah UMNO walau pun budak sabah bukan ahli UMNO. Besar harapan budak sabah seperti rakan rakan lain kerana dengan adanya presiden yang baru, dengan adanya penyatuan semula che det dan pak lah, maka negara kita akan lebih stabil akan lebih aman makmur dan sentiasa dirahmati yang maha esa. Jadi kita kena beri sokongan padu dan kerjasama kepada bakal PM kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengangkat sumpah sebagai PM pada 2 April 2009 ini. Amin.

Tiada ulasan: