Khamis, 1 Januari 2009

harga minyak vs harga barang

Da masuk hari ke 2 kita ditahun 2009. Harapan berjuta rakyat Malaysia ialah harga minyak kekal murah atau lagi murah dari harga sekarang. Dalam kedudukan kurang dari US40 setong, ramai pihak mengharapkan harga minyak terus kekal keran minyak menjadi nadi kepada ekonomi. Kerajaan pun dah turunkan minyak semula dari RM2.70 ke RM1.80 dengan beberapa kali penurunan. Rakyat pun dah boleh menarik nafas lega. Apa pun yang peliknya selaku rakyat budak Sabah masi berharap harga tambang dan harga barang dapat tutun seperti mana turunnya harga bahan api.

Ramai rakyat mengeluh kerana pembekal masih berdolak dalik dan enggan menurunkan harga barang. Kerajaan dah arahkan dan ambil tindakan melalui akta perdagangan, jadi peniaga kena faham la. Ramai rakyat di pedalaman masih membayar harga barang yang meningkat sampai 30% berbanding harga di bandar besar seperti di kk, Sandakan dan Tawau. Yang budak Sabah tak faham, sebelum kenaikan harga minyak, harga ayam sekitar RM6 ke RM7 sekilo, dan bila harga minyak naik harga ayam sampai RM11. Harga minyak dah turun tapi harga ayam betsih masih RM 10.00 sekilo dan kalau ada yang paling murah pun dalam RM9. Tau tau la kenapa jadi begini. Tapi budak Sabah berharap kita sebagai pengguna menggunakan kuasa kita untuk memboikut harga barang yang mahal. Baru padan muka penjual. Masalahnya mampukah kita tak makan ayam sebab ikan kat pasar pun melambung naik. Alasan nelayan tak dapat minyak subsidi!

Baru baru tu budak Sabah balik Tawau, tambang bas dalam RM70, harga dulu dalam RM45-RM50. Naik 30% time raya. Masa tu kan minyak RM2.70 seliter. Tapi harga tambang tu masih kekal sampai sekarang. Bila Budak Sabah tanya budak tiket atau pemandu, jawapannya mereka tak tau ini keputusan LPKP. Betul ka? Pas tu kalau dulu ada kopun makan tenghari sekarang dan tah da pula. Minera water jak kena bagi. Nasib nasib!

Pihak berkuasa nampaknya kena la lebih prihatin la sebab orang kampung dah tak kaya lagi. Dulu boleh la sebab harga sawit RM700 setan sekarang tinggal RM 270 setan. Harga geta pun kerajaan kena buat harga siling terendah untuk kawal dari terus jatuh. Budak Sabah rasa kita selaku rakyat harus bekerjasama ngan kerajaan dalam mengatasi perkara ini. Kalau tak kita juga yang tanggug bebannya.