Isnin, 22 Jun 2009

Batu oh batu! Batu Karang

Bila kita sebut pasal batu, macam-macam benda kita le fikirkan. Kepala batu la, jambu batu la, batu bata la, batu bersurat la dan air batu pun boleh. Dalam kes ni budak sabah nak cite pasal penyakit batu karang. Penyakit batu karang ni biasanya menyerang hempedu atau buah pinggang. Kata orang kalau kita kurang minum air, maka muda la kena batu karang apa tah lagi kalau kita jarang keluar peluh kerana garam garam yang terkandung dalam sistem perkumuhan berkumpul menjadi batu karang.
Bagi mereka yang da pernah kenak serangan sakit pinggang kerana batu karang, aduh! sakitnya ta terkata..... time kena serang duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring pun takboleh. Semua serba tak kenak dan teramat la sakitnya. Sakitnya ya ampun bisa sekali. Budak sabah da kena beberapa kali serangan batu karang ni sampai masa nak buan air kecil keluar darah dan kekadang nak menangis mengerang kesakitan.
Bdak sabah dah banyak makan ubat. Ubat ampun la, ubat bandar la. Bila kencingbatu ikut keluar tapi dlam 3-4 bulan ada lagi batu yang menyerang......Ada orang kata minum misai kucing dan dan bergelen misai kucing di minum sampai kucing pun pantag tengok budak sabah..ha ha ha. Lobak putih pun dah minum airnya sampai termuntah-muntah punya la teruk baunya....
Memang ada kesan baik dan hancurkan batu karang tapi jadi lagi. Orang bila batu ni bleh beranak pinak pulak. Tak tau cam mana budak sabah nak hilangkan batu-batu karang ni.....
Ada petua orang ubat lain ka?

Khamis, 18 Jun 2009

komunis oh komuinis

Budak sabah ingatkan cerita pasal kekejaman komunis ni dan berkubur sejak perjanjian penyerahan senjata berakhir pada disember 1989. Tiba-tiba wujud pula blog mengenai perjuang komunis dan keinginan untuk chin ping pulang ke tanah air. Semalam kabinet menjelaskan bahawa 338 bekas komunis dibenarkan pulang setelah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Antaranya syarat setahun selepas perjanjian dimeterikan.
Kita sedia maklum tentang kekejaman komunis dan sejarah tidak pernah berbohong dengan kekejaman mereka. Malah ramai pejuang bangsa yang tumbang demi untuk mempertahankan tanah air dari kekejaman komunis. Chin peng selaku bekas pemimpin tertinggi PKM baru baru ini kononnya berhasrat untuk pulang ke tanah air. Betul kah chin ping tu rakyat Malaysia kerana ada sumber memaklumkan chin peng lahir di China bermakna beliau tidak memiliki kerakyatan negara kita.
Kerajaanj juga telah memutuskan bahawa chin ping tak layak dan tak dibenarkan pulang ke negara kita kerana beliau adalah pengganas dan petualang bangsa. Buat apa kita sibuk dengan chin ping tu. Biarlah kerajaan buast keputusan dan kerajaan pun da buat keputusan. So kita kena terima kerana kita warga Malaysia yang cintakan negara dan mahukan negara kita aman damai .
Bagi budak sabah yang salah tetap salah. Penghianat tetap dihukum. Usah layan dengan blog yang dibuat untuk membicangkan mengenai komunis. Sejarah telah membuktikan segala-galanya. rakyat hanya perlu menyemarkan semangat cintakan negara. Itu lebih penting dari segalanya kerana tanpa negara yang aman apa akan jadi keapda kita dan anak cucu kita.

Nasi Kuning Vs Nasi Lemak

Bila sebut bab makan ni semua orang memang tak dapat menolaknya. Apa tah lagi bila kita dihidangkan makanan kegemaran. Maka teringat la budak sabah makianan kegemaran masyarakat di Tawau time sarapan. Apa tak nya kalau orang lain sarapan makan roti atau biskut, masyarakat di tawau memang suka bersarapan dengan nasi kuning sambal ikan. Aduh sedapnya sehingga menjilat jari. Sesekali balik kampung, tu la sarapan pilihan budak sabah almaklumlah da jadi makanan rutin. dekat KK pun ada juga yang jual nasi kuning tapi rasanya tak umph seperti di Tawau. tak tau lah di mana silapnya, tapi itu lah kenyataannya.
Cerita bab nasi ni, kalau orang di semenanjug atau malaya suka makan nasi lemak yang menjadi makanan pilihan siang malam warga kl, kat kk pun orang makan nasi lema juga tapi tu la macam nasi kuning Tawau juga, nasi lemak kat kk tak sesedap nasi lemak di KL. Budak sabah kalau pegi kl mesti makan nasik lemak 60sen kat tepi City Vila Hote, Chow Kit. kadang kadang sampai 4 bungkus dibedal. Aroma dan rasanya aduh nyaman sekali pak!
Kalau kawankawan terasa nak makan nasi kuning le la tanya budak sabah sebab budak sabah tau resepi nasi kuning yang sedap. Masa budak sabah ke daerah beluran bulan lepas, budak sabah ikhlas bagi resepi tu kat mak cik di warong.... sebab kesian kat dia dan keiklhasannya. Dengar kabarnya warongnya yang jual nasi kuning tempahan makin meningjkat . Syukur alhamdulillah. Tapi emak budak sabah kata, air tangan tukang masak sebenarnya yang menyebabkan nasik kuning ka, nasik lemak ka atau apa apa je lah jadi sedap.

Isnin, 15 Jun 2009

kadang-kadang

kadang-kadang kita rasa kita betul sebenarnya kita salah.........
kadang-kadang kita rasa kita sempurna sebenarnya kita kilaf........
kadang-kadang kita rasa kita hebat sebenarnya kita jebat........
kadang-kadang kita rasa kita menang sebenanya kita kecundang......
kadang-kadang kita rasa kita kuat sebenarnya kita tumpas.......
kadang-kadang kita rasa kita lulus sebenarnya kita gagal.......
kadang-kadang kita rasa kita lepas sebenarnya kita kandas........
kadang-kadang kita rasa kita bebas sebenarnya kita terikat......
kadang-kadang kita rasa kita cepat sebenarnya kita terlambat.....
semua tentang kadang-kadang.....
sebab kita pun kadang-kadang juga......
macam orang lain juga