Khamis, 18 Jun 2009

komunis oh komuinis

Budak sabah ingatkan cerita pasal kekejaman komunis ni dan berkubur sejak perjanjian penyerahan senjata berakhir pada disember 1989. Tiba-tiba wujud pula blog mengenai perjuang komunis dan keinginan untuk chin ping pulang ke tanah air. Semalam kabinet menjelaskan bahawa 338 bekas komunis dibenarkan pulang setelah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Antaranya syarat setahun selepas perjanjian dimeterikan.
Kita sedia maklum tentang kekejaman komunis dan sejarah tidak pernah berbohong dengan kekejaman mereka. Malah ramai pejuang bangsa yang tumbang demi untuk mempertahankan tanah air dari kekejaman komunis. Chin peng selaku bekas pemimpin tertinggi PKM baru baru ini kononnya berhasrat untuk pulang ke tanah air. Betul kah chin ping tu rakyat Malaysia kerana ada sumber memaklumkan chin peng lahir di China bermakna beliau tidak memiliki kerakyatan negara kita.
Kerajaanj juga telah memutuskan bahawa chin ping tak layak dan tak dibenarkan pulang ke negara kita kerana beliau adalah pengganas dan petualang bangsa. Buat apa kita sibuk dengan chin ping tu. Biarlah kerajaan buast keputusan dan kerajaan pun da buat keputusan. So kita kena terima kerana kita warga Malaysia yang cintakan negara dan mahukan negara kita aman damai .
Bagi budak sabah yang salah tetap salah. Penghianat tetap dihukum. Usah layan dengan blog yang dibuat untuk membicangkan mengenai komunis. Sejarah telah membuktikan segala-galanya. rakyat hanya perlu menyemarkan semangat cintakan negara. Itu lebih penting dari segalanya kerana tanpa negara yang aman apa akan jadi keapda kita dan anak cucu kita.

Tiada ulasan: