Isnin, 22 Jun 2009

Batu oh batu! Batu Karang

Bila kita sebut pasal batu, macam-macam benda kita le fikirkan. Kepala batu la, jambu batu la, batu bata la, batu bersurat la dan air batu pun boleh. Dalam kes ni budak sabah nak cite pasal penyakit batu karang. Penyakit batu karang ni biasanya menyerang hempedu atau buah pinggang. Kata orang kalau kita kurang minum air, maka muda la kena batu karang apa tah lagi kalau kita jarang keluar peluh kerana garam garam yang terkandung dalam sistem perkumuhan berkumpul menjadi batu karang.
Bagi mereka yang da pernah kenak serangan sakit pinggang kerana batu karang, aduh! sakitnya ta terkata..... time kena serang duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring pun takboleh. Semua serba tak kenak dan teramat la sakitnya. Sakitnya ya ampun bisa sekali. Budak sabah da kena beberapa kali serangan batu karang ni sampai masa nak buan air kecil keluar darah dan kekadang nak menangis mengerang kesakitan.
Bdak sabah dah banyak makan ubat. Ubat ampun la, ubat bandar la. Bila kencingbatu ikut keluar tapi dlam 3-4 bulan ada lagi batu yang menyerang......Ada orang kata minum misai kucing dan dan bergelen misai kucing di minum sampai kucing pun pantag tengok budak sabah..ha ha ha. Lobak putih pun dah minum airnya sampai termuntah-muntah punya la teruk baunya....
Memang ada kesan baik dan hancurkan batu karang tapi jadi lagi. Orang bila batu ni bleh beranak pinak pulak. Tak tau cam mana budak sabah nak hilangkan batu-batu karang ni.....
Ada petua orang ubat lain ka?

Tiada ulasan: