Khamis, 6 Ogos 2009

Bijak Memilih Perabot

Perabot adalah asas kepada dekorasi sesebuah ruang. Ada orang yang gemarkan ruang lapang lalu memilih sedikit perabot asas sebagai keperluan. Hari ini dekorasi sebegini dipanggil deko zen bermakna sedikit dan lapang tapi menarik. Ada juga yang menghias sesebuah ruang sarat dengan perabot.

Bagi saya, semuanya bergantung dengan minat kita sama ada suka yang lapan atau pun sarat dengan ukuran asalkan puas di hati. Namun demikian terlalu saratpun kalau tak bijak menyusun aturnya ia buka sahaja menyakika mata, malah sukar bagi kita untuk bergerak atau bernafas. Sebab itulah jika kita kurang bijak menghias rumah, cara yang menjimatka ialah dengan merujuk kepada majalah dekorasi tempatan mahu pun luar negeri kerana ia pasti membantu ita memiliki ruang yang menawan.

Dalam soal menghias, kalau kita mempunyai banyak perabot antik, kita tidak perlu pajangkan atau longgokkan semua perabot kita sebagai bahan pameran seperti muzium sebaliknya kita perlu bijak memilih keutaman dan fungsi sesebuah ruang. Misalnya, terlalu ramai dikalagan kita mempamerkan seberapa banyak pinggan mangkok yan mahal-mahal apa ta lagi keluaran zaman Queen Ann. Sebenarnya kita perlu bijak memilih mana ang kita mau pamerkan dan sebahagiannya simpan dalam stor.

Saya pula tak berapa suka menyimpan pinggan mangkuk sekiranya tidak digunakan. Saya lebih suka makan menggunakan pinggan yang mahal dan berkualiti malah cantik, masakan tak sedap pun boleh jadi sedap. Jangan pula kita makan menggunakan bahan plastik, tetapi pinggan mangkuk yang mahal setakat menjadi pameran dan untuk tontonan jiran tetangga. Itu pendapat saya, bagi yang tak setuju masing-masing mempunyai pandangan dan kesukaan. Betul tak!

Saya juga suka atau amat minat dengan barangan antik tembaga tetapi saya tidak suka mengumpulnya dan longgokkan dalam almari. Sebab barang lama ni elok dipajang aau dipamerkan tetapi bila jumlahnya banyak nilai estatika akan turun. Sebab barang tembaga adalah penghias tambahan kepada perabot antik yang kita gunakan. Misalnya meja antik boleh dihias dengan barangan antik, pasti lebih ummp.

Satu lagi teknik menghias ruang, contohnya ruang tamu. Susun atur kerusi lebih elok digabungkan dengan beberapa kerusi sampingan berbanding kita menggunakan atau menyusunnya sejenis sahaja. Malah kalau kita mempunyai banyak almari, elok dipilih almari yang mempunyai ketinggian dan corak yang tidak sama. Ia bukan saja mampu menimbulkan keunikan almari atau keantikan almari tersebut, malah mata yang memandangnya akan terasa lebih sejuk.

Andai kata kita mempunyai ruang menyambut tetamu sebelum masuk ke ruan tamu utama, elakkan dihias sesarat mungkin dengan perabot. Sekadar sebuah kerusi atau bangku antik panjang atau sepasang kerusi betawi jawa kayu jati dan meja bulat dihias sepasuan bunga. Barulah ditambah dengan ornamen antik yan lainnya seperti pasu atau guci Cina, lukisan atau ukiran kayu. Ini kerana rumah sekarang di bandar tak tak banyak yang ada anjung sebab itulah ruang menyambut tetamu biasanya dijadikan anjung untuk kita beristirehat.

Kalau kita minat sangat dengan perabot kayu elakkan satu rumah atau satu ruang kita menggunakaan kayu yang sama, ukiran atau paten yang sama hatta jangan sekali-kali menggunakan warna yang sma. Ini kerana perabot kayu akan menjadikan ruang kaku jika tidak bijak menyusun aturnya.

Apa pun it semua adalah pendapat dan pandangan peribadi saya yang mampu dikongsi bersama. Segala-galanya terletak ditangan kita. Kita punya, biar kita yang tentukannya asalkan kita bahagia.