Ahad, 8 Februari 2009

Yang untung VS Yang Buntung

Kedatangan tahun lembu dalam kalender Cina bagi budak sabah dapatlah kita menambah 'ong' pada tahun 2009 ni. Bila sebut, 'ong' bermaksud ada untung dan murah rezeki meskipun ekonomi dunia tengah gawat. Kita doa banyak banyak moga negara kita terus dilimpah kesejahteraan dan keamanan yang berpanjangan agar kita semua rakyat merasai nikmatnya.
Bukan apa, negara jitan kita macam Thailand masih lagi dibelenggu dengan masalah kepimpinan dan tunjuk perasaan yang tak sudah. kita tak mau menang jadi arang, kalah jadi abu dek kerana pemimpin yan tamak haloba rakyat yang merana. jauh kan bala hendaknya.
Hari ini apa yang berlaku di Perak juga cukup menguris hati budak Sabah. Orang kita dah tak hormat institusi Di Raja da hilang pertimbangan gara gara tak mahu mengakui yang dia dah kecundangan dalam permainan politik. Pembangkang yang pukul canang, 16 September 2008 akan ambil alih pentadbiran negara, tub-tub BN pula ambik alih kerajaan negeri Perak. Tu yang budak sabah terkejut tapi tak la sampai terkejut beruk sebab dalam politik banjyak permainan yang menang akan untung dan yang kalah akan buntung.
Apa pun tindakan yang kita buat kita ada undang-undang. negar kiita mengamalkan SDemokrasi Raja Berpelembagaan jadi kita kena ikut la baru lah kitya sama sama untuk macam kita menyambut tahun lembu. kalau lembu gemuk, tokeh kaya betul tak!