Selasa, 19 Mei 2009

Mangga Pilipin VS Harum Manis

Budah Sabah ni memang gemar makan buah mangga. Di Sabah mangga pilipin dan mangga manila cukup populer. Manga pilipin ni yang heran nya tak ikut musim sentiasa ada berjual di pasar pilipin di Kota Kinabalu dan bandar banda besar yang lain. Tapi mangga ni walau pun nampak cantik sebab warnya kuning, kalau tak berapa masak rasanya agak masam. Budak sabah pun kalau teringin nak makan, masa nak beli kena cium dulu kalau wangi tu bererti buahnya masak. Manga Manila pula banyak di tanam di kampung kampung. Di papar kononnya banyak bebanar buah mangga ni. kalau musim memang banyak. Berlambak kat Gaya street kalau unjung minggu. Budak sabah gila benar makan manga manila kerana rasanya manis dan isinya warna oren. Tapi kadang kadang takut juga kalau banyak makan bukan apa takut kena kencing manis pula.
Hari tu budak sabah jalan jalan cari makan kat negeri Perlis, dan terlihat lah banyak orang kampung buka gerai mangga. Teringin pula nak makan lalu belilah 3 -4 kilo nak merasa mangga di sana. tapi sayangnya mangga harumanis belum kena tuai di ladang Batu Pahat, Perlis. Nak puaskah hati budak sabah hanya sempat bergambar di bawah pohon harumanis yang hampir meranum itu. Pada tahun 2005 sempat juga budak sabah makan harumanis dengan pulut di pusat pertanian bukit bintang tu, tapi tahun ni hampa.
Orang kata kalau dah rezeki tak kemana. Akgirnya kemarin bila sampai ofic, kawan kawan kata ada kiriman harum manis dari Perlis guna pos laju. Apa lagi bagaikan orang m,engantuk disorongkan bantal, budak sabah bedal la harum manis tu sebiji. Hilang kempunan tahun ni. Petang ni pun rasanya tak sabar nak balik rumah sebab ada lagi harum manis yang da ranum menunggu. kalau kekawan nak tau harum manis perlis ni adalah jenis mangga yang paling sedap di muka bumi ciptaan tuhan. Da lah baunya harum, rasanya manis dan berwarna oren. Sukar untuk diceritakan kesedapannya. Lagi satu harum manis perlis hanya sedap yang tumbuh di perlis sahaja kalau tanam tempat lain harumannya kurang atau manisnya kurang. Ada kawan kata kat jepun sekilo harum manis RM100. Budak sabah tak heran la kalau harganya mahal sebab berbaloi dengan kesedapannya. kat Perlis harga dalam 8 hingga 10 ringgit ikut gred, cukup murah berbanding kualitinya.
Kawan ofic budak sabah pun ada juga tanam harum manis, time berbuah dia bawa juga kat ofic n rasanmya memang sedap tapi tak seharum dan tak semanis harum manis perlis. Tapi bila da dapat makan free yang tak sedap pun jadi sedap. bagi kawan kawan yang gemar makan mangga, cuba cubalah try harum manis. pasti menjilat jari.

5 ulasan:

ikan emas berkata...

sodapnye...terliur den kat sini..

Mangga Harumanis Perlis berkata...

Sedap

Ara berkata...

Antara harum manis and manila..mn lg manis n sedap..?

Tanpa Nama berkata...

sedap lagi buah wani/kuani

Unknown berkata...

kawasan mana ada jual bibit tu mohoƱ info