Isnin, 25 Mei 2009

Udang Oh Udang

Petang ni budak sabah pekena udang galah king size kat Beluran.Lepas beli kat pasar terus ke warung petang mintak mak cik warung masak tumis cili. Apa lagi terangkat terus mee goreng udang galah. Harap2 esok tak gdl le sebab makan udang bukannya apa esok kan nak bagi ceramah. Malu jugak kalau penceramah jalan terenjut enjut sebab kaki bengkak pekena badi udang galah. Alahai emak.
Sampai bilik penginapan lampu kat bilik rosak tak le menyala. Terpaksa le guna cahaya lampu dari toilet kalau tak hitam pekat le jadinya kat bilik. Cari penjaganya tah hlang ke mana pulak. Nasib nasib............Hai nak study ckit pun tak boleh. Esok ceramah belasah jak la. Tapi budak sabah sempat baca peper semalam, kata PM sebenarnya 1Malayisa ni tak menentang perlembagaan Malaysia. Maksudnya kita bagi peluang sama rata kepada rakyat berlandaskan undang undang dan perlembagaan negara. Baru la hidup aman damai sentosa dan sejahtera.
Kalau kita asyik bertelagah sesama sendiri yang rugi kita juga. Orang luar sukak kalau kita berpecah kerana selama ini kita menjadi contoh negara membangun yang rakyatnya bersatu padu membangunkan negara tercinta.

1 ulasan:

ikan emas berkata...

ceramah hebat-hebat ya..sb masih byk org kita snd yg tak nak faham konsep 1M ni..tau nak bangkang jer