Isnin, 1 Disember 2008

MUSIM CUTI

Bulan Disember ni ramai menggelarnya bulan cuti atau musim cuti. manakan tidak budak budak sekolah pun dah masuk 3 minggu bercuti. ibu bapa pula sibuk merancang bila nak ambil cuti ujung tahun. Tau tau lah kita da penat berkerja sepanjang tahun mau juga rehat rehat kan. Ada juga kawan yang berbisik nak pergi ke KL jalan jalan makan angin. Tapi bagi 'budak sabah' cukup lah ujung taun ni dapat mengisi cuti bersama keluarga. Bagi yang da berkeluarga ini lah masanya kita beri perhatian kepada anak-anak dan layan karenah mereka. bagi yang bujang tu tau tau lah kan mau pigi naik gunung ka mau pigi pulau ka atau barangkali pigi shoping maklumlah di kk ni dah banyak tempat shoping, yang penting poketnya tebal.
Dalam bercuti ni pun kita jangan lupa pastikan perkara perkara yang perlu dibuat. tau tau la sekarang ni, ada orang di rumah pun pencuri boleh angkat barang. Teringat pula cerita jiran 3 tahun lepas, sedar tak sedar tong gas belakang rumah dikebas pencuri. Masa itu beliau tengah berehat ngan keluarga di ruang tamu. Jadi kalau kita mau pigi cuti atau keluar rumah pastikan rumah senitasa berkunci dan mintak tolong jiran pandang pandang atau jeling jelingkan rumah kita. Tu lah orang tua tua selalu berpesan hidup biarlah tolong menolong dengan jiran tetangga sebab masa susah ramai yang datang memberikan bantuan.
'Budak sabah' pun dan merancang nak balik kampung di Tawau. Rindu ngan emak ayah, rindu ngan pokok durian manggis dan rindu ngan ayam serama yang dan sereban bapa pelihara. tu belum lagi nak pgi mancing di kolam kakak. Aduh semua mau dibuat dan harap harap apa yang dirancang dapat juga dibuat.
Dalam sembang semang pasal musim cuti ni, syukur la minyak pun dah turun banyak kali. harap harap dalam seminggu dua ni turun lagi. dapat lah panjangkan kaki jalan jalan round Sabah. Angan angan juga ni nak bawa keluarga makan angin di kk dan keningau. kawan kawan bilang Keningau panas bangat malam ni. Betul ka tu?
Bila minyak da turun 'Budak Sabah' harap harga makanan pun turun juga la kan. tau la hidup di KK semua mau duit. Ikan basung pun da RM7. Mau makan tenggiri pun time gaji la baru dapat merasa tu pun kalau ada stok di pasar. Itu lah yang kita harapkan. Kerajaan dah turunkan harga minyak dan kawal harga barang jadi tanggung jawab kita semua mengawal ekonomi keluarga kita. Sebab 'Budak Sabah' rasa la kerajaan kita ni kerajaan prihatin kepada rakyatnya. kalau kita pigi ke Indon ka Filipin ka atau Thailand harga barang barang di sana lagi mahal dari di tempat kita. tu yang kita patut bersyukur.
harap harap lah cuti diluluskan boss. kalau tak hampa la harapan nak balik kampung tuk lepaskan rindu yang bersarang di dada.

2 ulasan:

BLOG KOMEN berkata...

Nampaknya Budak Sabah nak cuti sama lah tu.

adikemas berkata...

Harga minyak dah turun enam kali tapi harga barang tak turun-turun juga. Kenapalah susah sangat mau turunkan harga barang!Tambah lagi sekarang musim tengkujuh, harga barang basah semua melambung tinggi. Kita makan ayam sama daging jak lah!