Khamis, 4 Disember 2008

Kutu VS Kutu Sampah

Kelmarin budak Sabah baca peper DBKK pasang kakitangan berbaju biasa tuk tangkap kutu sampah yang kotorkan bandaraya kita yang semakin cantik. Kutu sampah yang ditangkap membuang sampai merata akan didakwa. Budak Sabah setuju betul sebab di KK kan sekarang ni banyak pelancong. Bukan takat orang kl, mat saleh dan korea pun banyak juga ba. Kalau bandar KK bersih itu kan bagus bukan saja kita sihat malah jadi tarikan buat semua.
Pagi ni dalam peper budak Sabah lihat, Majlis Perbandaran Tawau pun buat perkara yang sama dengan melancarkan Kempen Anti Sampah. Kan bagus kalau bandar atau Tanjung bersih dan indah sebab kalau budak Sabah balik Tawau, sejuk mata memandang. Budak Sabah tak sabar mau pigi cari ikan segar di Pasar Besar Tawau. Keropok Amplang pun budak Sabah mau borong. Sedap ba! Kalau tak percaya tanya orang kita he he he.
Cerita pasal kutu sampah ni, budak sabah teringat masa kecil dulu. Masa sekolah rendah kawan kawan perempuan banyak yang berkutu di rambut. Masi ingat lagi lirik pantun pasal kutu ni, kala tak silap macam ni bunyinya.... Aminah anak tok penghulu, dia banyak simpan kutu, bila aminah ......aduh tak ingat da la. Orang bila kalau kita punya kutu time tu, gunakan minyak tanah. Sapu kan minyak tanah ke kepala, biarkan 10 minit gitu baru bilas dengan sabun. Tapi rasa rasanya kutu da masi ada ka hari ni sebab banyak ubat kutu dan syampoo yang boleh digunakan. Pada pandangan budak Sabah kalau kutu boleh dihapuskan di kepada, pasti kutu sampah pun boleh dibasmi. Betul ba kan. Apa komen kawan kawan?

6 ulasan:

Raden Mas berkata...

setuju kat u sebab kalau bandar kita bersih semua warga dapat faedah.

KADAYAN BANTING berkata...

Bab-bab buang sampah ni memang menjadi isu berterusan kerana orang kita tiada kesedaran sivik.Mungkin dorang ingat dorang tukang buang dan orang lain tukang pungut.

1) Semua orang buang sampah, tiada orang pungut sampah

2) Orang lain buang sampah, orang lain pula pungut sampah (mungkin di sinilah tahap pemikiran orang kita)

3)Tiada orang buang sampah, semua orang oungut sampah.

Sepatutnya pemikiran orang kita sudah sampai ke tahap pemikiran yang ketiga, iaitu semua orang tidak membuang sampah di merata tempat dan semua orang bertanggungjawab memungut sampah.

Tanpa Nama berkata...

menjaga kebersihan bandaraya adalah tanggungjawab bersama..klu bandar tidak bersih, pelancong pun inda mau datang. bau busuk mgundang langau n bgiuk lg 2 ..tp. apa-apa pun rumah kita msti bersih dlu kn

AngeL BeaR berkata...

ni la ni..sa pantang betul urang suka-suka buang sampah....ada tong sampah setiap 1 meter pun mesti pandai d luar juga tu..picaya la...

Tanpa Nama berkata...

Apa yang DBKK buat sekarang memang ngam tapi berapa banyak warga kita yang berani tampil melapor kutu-kutu sampah ni, saya rasa tiada, saya sendiri tidak mau jadi hero, Budak Sabah berani?

Saya rasa semua ni bermula dari diri individu itu sendiri, sepatutnya sifat kebersihan diri perlu ada pada semua orang.

ada sesetengah pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi pun menunjukkan contoh yang baik, merokok tapi buang abu rokok merata, kenapa dia tidak makan saja abu rokok tu, ni nak buang bagi orang lain kekotoran yang dia sendiri tidak mau, dah lah tu udara kita pun dia cemar.

Budak Sabah, artikel yang baik, tapi kalu takat tulis kat blog, tapi tidak buat kempen dan penguat kuasaan, kat luar sana buat berabih beras ja, rasanya pengunjung blog ni ada dari kalangan kutu?

The Dusun Aroma berkata...

kalau ada hati semua jadi! adakah DBKK betul betul serius dalam menangani kutu sampah?...

dan banyak lagi yang sangat penting;
penjual cd haram berleluasa,
pti,
peniaga haram,
kedai-kedai yang menyumbang masalah sosial,
pendidikan dan kesedaran warga KK,
dan mcm mcm lagi.....

Moga kali ini akan betul-betul lah, puas sudah tengok usaha yang melepas batuk di tangga bah.

naa.. kita pon boleh memainkan peranan. Cnth: kalau sya nampak orng buang sampah, gerenti kena hon and tegur (tapi mcm nda brapa ngam juga bah )