Isnin, 1 Disember 2008

DAMAINYA MALAYSIA

Bila budak Sabah baca peper atau tengok TV, tak abis abis rusuhan dan pertelingkahan saudara berlaku di negara lain. Kesian pula dengan seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan dalam serangan hotel yang berlaku di Mumbai, India. India kalau nak banding dengan kita tak la ramai sangat kaum yang berbeza keturunan mau pun agama tapi seringkali berlakunya pertumpahan darah. Tak macam kita yang mempunyai 204 sukun kaum tapi masih dapat hidup rukun dan damai. Hidup tolong menolong, bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ini lah yang budak Sabah nak katakan, perpaduan yang kita miliki pada hari ini adalah hasil kerjasama semua warga yang sentiasa menyokong padu ke atas kerajaan yang memerintah. Kalau kerajaan kita goyah, politik kita tak stabil, besar kemungkinan kita juga akan menjadi seperti negara lain. selama hidup la, budak Sabah yakin bahawa kerajaan kita pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik di muka bumi. Kerajaan yang bawa banyak pembangunan dan kemajuan kepada rakyatnya. malah kerajaan yang sentiasa memastikan rakyatnya dapat hidup aman dan damai.
Tapi yang sedihnya bila kita selaku rakyat da senang, kita mudah lupa ayang yang kita dapat dari kerajaan dan apa yang selama ini kerajaan beri kepada kita. Cuba kita bayangkan kalau la kita berada di negara lain, apa kah kita masih setenang dan sedamai begini menghirup undara segar tanpa rasa bimbang dan takut. Pas tu ramai pula yang mengutuk dan mengatakan kerajaan kita tidak bagus. kerajaan kita gagal bawa pembangunan itu dan ini dan macam macam lagi. tapi bagi budak Sabah la, apa lagi yang kita mau kan dari kerajaan, apa lagi yang kurang kalau kita sendiri tidak mahu berusaha untuk memajukan diri. Kenapa PTI ramai di Sabah? Kenapa? Mudah jawabnya, negara kita makmur dan menjadi lombong emas merak mencari kekayaan. kekayaan yang banyak yang kita tidak sedar ada di depan mata. Jadi kena kena lah munasabah diri sebelum kita mengata orang atau kerajaan. Budak Sabah tau, mana ada kerajaan yang boleh memuaskan hati semua orang, mana ada kerajaan yang betul betul sempurna? Tapi selepas 51 tahun kemerdekaan, da banyak yang kerajaan buat untuk kita selaku rakyatnya. Pernahkan kita berterima kasih atau pernahkah kita memikirkan nya Hatu untuk seketika?
bagi yang tak puas hati budak Sabah tak boleh nak kata apa sebab itu hak mereka. Bagi budak S abah setakat ini budak Sabah cukup berterima kasih dengan apa yang dimiliki dan dikecapi hari ini. Fikir la sendiri..... bayangkan kalau kita kena lari dari Sabah ke negara lain keran berlakunya perang saudara atau kekecohan di tanah air kita. sanggup ka kita ba?

2 ulasan:

Nadzerah berkata...

walaupun demikian, kita kini dilanda kegelisahan apabila beberapa isu berbangkit seperti isu kenaikan sewa rumah PPRT di Selangor atau pengharaman pengkid... ramai pula yang mengugut untuk membuat demonstrasi bogel di jalanan.. ada kah patut gitu?..Kita ni masyarakat yang bertamaddun.
Rasanya mereka ini perlu diajar!Pihak polis juga perlu mengambil tindakan tegas sebab mereka ini boleh mencalarkan imej negara.

KADAYAN BANTING berkata...

Kita harus bersyukur kerana tinggal di negara Malaysia yang aman dan damai. Mesyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa hormat menghormati antara satu sama. Kalaupun ada pergaduhan, hanyalah disebabkan oleh pening-pening lalat akibat pengaruh alkohol.