Rabu, 3 Disember 2008

Musim Durian Vs Musim Banjir







Sekarang ni musim hujan. Bila dah musim hujan tau tau la kalau malam tidur kadang kadang menggigil kesejukan. Orang bilang jimat bil bayar penghawa dingin. Tapi dalam hujan hujan ni datang pula musim durian di KK. Orang bilang durian dari Ranau sebab di Sipitang musim durian da lepas. Jadi bagi budak Sabah ngam lah time hujan hujan dan sejuk ni kita makan durian sebelah malam. Cuma yang terkilannya harga durian aduh mak mahal betul. Bayangkan yang reject dan kecil pun dah Rm5 sekilo, kalau yang bagus klonnya tu dalam RM8-12. Tu tak masuk D24 yang harganya macam harga emas. Tapi kalau dah teringin dan meleleh air liur budak Sabah pun beli juga, tu pun kalau kebetulan time gaji. Tu lah penangan buah durian yang jadi rebutan orang kita.






Bila kita bilang pasal hujan ni, bimbang juga sebab musim hujan akan bawa bah atau banjir. Ada kawan kawan kata musim hujan musim buat anak kononnya, tapi rasanya itukan tak bermusim. Bila dah musim hujan lebat, kita kena la sentiasa beringat sebab kalau nampak TV dan paper, banyak kisah mengenai banjir di sana sini. Kebetulan mingu lepas budak Sabah jalan jalan cari angin di Pekan Sook, masa tu air sungai melimpah dan terdapat beberapa jalan tak boleh dilimpas sebab air naik. Kesian juga orang kampung yang mengunakan jalan sebagai laluan utama keluar masuk.. Budak Sabah harap adalah pemimpin kita yang datang menjenguk mereka yang kesusahan. Hulur beras ka, gula ka, tepung ka atau mana mana bantuan yang boleh diberikan.






Budak Sabah pun sentiasa beringat bila hujan lebat takut takut kereta hanyut di bawak arus. tau tau la sekarang ni banjir pun macam biskut chipsmore, sejap ada sekejap tak ada. Hari tu kan budak Sabah dan berangan nak balik cuti di Tawau, cuti pun boss da lulus. Harap harap jalan tak da runtuh atau banjir kalau tidak terpaksa la di KK pusing pusing pasar filipina time cuti. Ok ba tu kan.






O ya satu lagi bagi yang ada dusun durian, time banjir kalau durian tak laku boleh buat kenduri durian. kalau dah kenduri tu ngan lupa pangggil budak Sabah yan sememangnya gila durian.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya bah, skrg ni kata orang musim tengkujuh ba, sana sini hujan..sajuk..aku pun stuju dgn pandanganmu sbb durian di tampat kita ni adui mahal2, kdg2 mau tunggu gaji baru boleh bali banyak2, baru puas mkn..tp mcm kmu yang bnyak tanah, apa kata tanam la pukuk durian 2 byk2, bole jua kami tumpang makan 6 tahun akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

musim hujan bgs juga ba...hehehehe

adikemas berkata...

Itulah kamu. Di suruh kerja di kiel ndak mau. Kalau di sini, sampai termuntah kamu makan.... punyalah murah.

Senang2 datanglah ke kiel. Sia belanja makan. Tapi..... masi musimka di sini ya?