Ahad, 8 Februari 2009

Yang untung VS Yang Buntung

Kedatangan tahun lembu dalam kalender Cina bagi budak sabah dapatlah kita menambah 'ong' pada tahun 2009 ni. Bila sebut, 'ong' bermaksud ada untung dan murah rezeki meskipun ekonomi dunia tengah gawat. Kita doa banyak banyak moga negara kita terus dilimpah kesejahteraan dan keamanan yang berpanjangan agar kita semua rakyat merasai nikmatnya.
Bukan apa, negara jitan kita macam Thailand masih lagi dibelenggu dengan masalah kepimpinan dan tunjuk perasaan yang tak sudah. kita tak mau menang jadi arang, kalah jadi abu dek kerana pemimpin yan tamak haloba rakyat yang merana. jauh kan bala hendaknya.
Hari ini apa yang berlaku di Perak juga cukup menguris hati budak Sabah. Orang kita dah tak hormat institusi Di Raja da hilang pertimbangan gara gara tak mahu mengakui yang dia dah kecundangan dalam permainan politik. Pembangkang yang pukul canang, 16 September 2008 akan ambil alih pentadbiran negara, tub-tub BN pula ambik alih kerajaan negeri Perak. Tu yang budak sabah terkejut tapi tak la sampai terkejut beruk sebab dalam politik banjyak permainan yang menang akan untung dan yang kalah akan buntung.
Apa pun tindakan yang kita buat kita ada undang-undang. negar kiita mengamalkan SDemokrasi Raja Berpelembagaan jadi kita kena ikut la baru lah kitya sama sama untuk macam kita menyambut tahun lembu. kalau lembu gemuk, tokeh kaya betul tak!

Khamis, 1 Januari 2009

harga minyak vs harga barang

Da masuk hari ke 2 kita ditahun 2009. Harapan berjuta rakyat Malaysia ialah harga minyak kekal murah atau lagi murah dari harga sekarang. Dalam kedudukan kurang dari US40 setong, ramai pihak mengharapkan harga minyak terus kekal keran minyak menjadi nadi kepada ekonomi. Kerajaan pun dah turunkan minyak semula dari RM2.70 ke RM1.80 dengan beberapa kali penurunan. Rakyat pun dah boleh menarik nafas lega. Apa pun yang peliknya selaku rakyat budak Sabah masi berharap harga tambang dan harga barang dapat tutun seperti mana turunnya harga bahan api.

Ramai rakyat mengeluh kerana pembekal masih berdolak dalik dan enggan menurunkan harga barang. Kerajaan dah arahkan dan ambil tindakan melalui akta perdagangan, jadi peniaga kena faham la. Ramai rakyat di pedalaman masih membayar harga barang yang meningkat sampai 30% berbanding harga di bandar besar seperti di kk, Sandakan dan Tawau. Yang budak Sabah tak faham, sebelum kenaikan harga minyak, harga ayam sekitar RM6 ke RM7 sekilo, dan bila harga minyak naik harga ayam sampai RM11. Harga minyak dah turun tapi harga ayam betsih masih RM 10.00 sekilo dan kalau ada yang paling murah pun dalam RM9. Tau tau la kenapa jadi begini. Tapi budak Sabah berharap kita sebagai pengguna menggunakan kuasa kita untuk memboikut harga barang yang mahal. Baru padan muka penjual. Masalahnya mampukah kita tak makan ayam sebab ikan kat pasar pun melambung naik. Alasan nelayan tak dapat minyak subsidi!

Baru baru tu budak Sabah balik Tawau, tambang bas dalam RM70, harga dulu dalam RM45-RM50. Naik 30% time raya. Masa tu kan minyak RM2.70 seliter. Tapi harga tambang tu masih kekal sampai sekarang. Bila Budak Sabah tanya budak tiket atau pemandu, jawapannya mereka tak tau ini keputusan LPKP. Betul ka? Pas tu kalau dulu ada kopun makan tenghari sekarang dan tah da pula. Minera water jak kena bagi. Nasib nasib!

Pihak berkuasa nampaknya kena la lebih prihatin la sebab orang kampung dah tak kaya lagi. Dulu boleh la sebab harga sawit RM700 setan sekarang tinggal RM 270 setan. Harga geta pun kerajaan kena buat harga siling terendah untuk kawal dari terus jatuh. Budak Sabah rasa kita selaku rakyat harus bekerjasama ngan kerajaan dalam mengatasi perkara ini. Kalau tak kita juga yang tanggug bebannya.

Rabu, 31 Disember 2008

Tahun Baru VS Azam Baru

Budak Sabah seronok betul hari ni, lepas sambut Maal Hijrah 3 hari lepas sambut tahun baru masihi pulak hari ni. Tapi dalam seronok tu pening juga sebab banyak guna duit bila da masuk tahun baru. Apa tah lagi bagi kawan kawan yang punya ramai anak bersekolah. Mana nak beli baju baru, kasut baru, seluar baru, buku baru, beg baru dan macam macam lagi. Ada kawan tu anak dia masuk sekolah asrama penuh dan tahun ni belanja dah agak kurang sikit sebab sejak 2008 kerajaan dan mansuhkan yuran sekolah. Sebelum tu katanya dia kenak sediakan hampir RM600, tapi sekrang ni cuma dalam RM100 lebih. Dapat la tarik nafas legak ckit, katanya lagi.

Tu lah Budak Sabah pun harap bagi yang ramai anak tu, minta la anak anak pakai baju tahun lepas selagi masih boleh dipakai. Pas tu buku buku rujukan abang atau kak, adik masi le gunakan. Baru lah kita ikut seruhan kerajaan kena jimat cermat dalam keadaan ekonomi gawat. Kalau orang kerajaan untung juga sebab dapat bonus, tapi bagi pak cik mak cik di kampung, aduh betul betul pening time masuk sekolah ni. ini lah azab setiap kali menyambut tahun baru.

Cerita pasal tahun baru, Budak Sabah pun macam kekawan juga ada azam baru. Tiap tiap tahun ada azam dan macam macam azam. Nak simpan duit la, nak study lagi la. Tup tup azam tinggal azam saja. Ramai juga kawan kawan yang azamnya ke jinjang pelamin tahun baru ni. bagus la kalau macam tu benda baik tak patut di lambat lambatkan. Betul tak !

Budak Sabah juga angan angan nak beli kereta tapi bukan la kereta baru sebab tak mampu. Hari tu masa lalu dekat pantai, budak sabah terpandang kereta mini cooper warna kuning parking, aduh menawan sekali. Tapi rasanya angan angan saja tak cukup kan apa tah lagi azam tahun baru ni nak kurangkan hutang dalam kad kredit. Bagi kawan kawan yang banyak hutang dalam kad kredit tu kenak beringat sebab kalau da tak terbayar sediri cari bala. Tu uang budak Sabah takut bangat.

Tak tau la budak Sabah ni, tahun baru 2009 ni dapat ka azam baru dicapai....

Isnin, 29 Disember 2008

barang antik VS pemimpin antik

Budak Sabah pantang sekali kalau terjumpa atau terlihat barang antik...... pasti terpegun. Orang kata punya la gika ngan penangan barang antik ni. Tak kira la barang tembaga antik ka, pasu antik ka, perabut antik ka, kereta antik dan macam macam antik semua Budak Sabah minat. Orang bilang susah kalau kita simpan barang antik sebab ada penunggu nya. Tak tau la pula sebab Budak Sabah adalah juga simpan barang antik satu dua tapi takat ni belum lagi ada órang lain'yang cuba mengusik. Masa cuti hari tu Budak Sabah ada pegi ziarah rumah saudara di kampung. Aduh punya lah banyak barang antiknya macam muzium la. Bila lama melihat dan menikmati keindahan barang antik tu Budak Sabah teringin juga mau seperti rumah saudara tu. tapi orang bilang susah la nak dapat barang antik sekarang ni. Kalau ada pun aduh mahal bangat harganya. Tu yang buat Budak Sabah telan air liur jak bila lihat harga barang antik yang terpampang.
Bila sebut barang antik, kawan Budak Sabah sering berkisah tentang pemimpin veteren yang digelarnya pemimpin antik yang 'kubur kata mari, rumah kata pergi' masih lagi mau pertahankan kedudukannya. Bagi Budak Sabah selagi pemimpin itu masih sihat masih diperlukan tak salah meneruskan kepimpinan mereka. Ya la kalau kelapa makin tua, kan santannya makin pekat, macam tu juga lah pemimpin kita. Bila da lama makin banyak pengalaman dan pengetahuan mengurus dan mentadbir negara. kita orang muda jangan lupa dengan jasa jasa pemimpin kita terutama bekas atau mantan Perdana Menteri yang kita sayangi. kalau tak kerana perjuangan mereka tak kita berada ditahap ini. Betul Tak! bagi pemimpin yang da rasakan diri mereka lama atu antik ada baiknya berundur diri sebelum orang atau rakyat tolak kita. Biasa la kan time kita jadi pemimpin, semua puji, semuanya baik. Tapi kalau kita da turun, sapa pun tak kisah.
Bagi budak Sabah lah barang antik dan pemimpin antik sama sama berharga. Budak Sabah ada simpan almari yang moyang buat. Da lima generasi dan tapi masih ok.

undi dapat pahala

Budak Sabah lama cuti panjang balik kampung jalan jalan cari makan. Tu yang lama nyepi. Top top bila balik keja kawan kawan sibuk ngan ayat baru yang berbunyi..."klu mau dapat pahala, kita pigi buang undi". Tekejut beruk budak Sabah sebab camana pulak orang buang undi boleh dapat pahala. Rupa-rupanya ada pula berita tersikar dekat surat kabar yang mendakwa konon Datuk Nik Aziz yang kata begitu. Kalau kita undi Pas pada 17 Januari di Kuala Terengganu akan mendapat pahala dari Allah. Betul ka Nik Aziz cakap macam itu atau cuma gimik orang politik. Bagi Budak Sabah tak berani nak komen pasal dosa dan pahala kerana Budak Sabah pun kurang arif dalam bab bab sebegitu. rasanya Nik Aziz lagi arif.

Bagai Budak Sabah la kita ni jangan pula kaitkan benda benda yang kita kurang arif dengan politik. Bagi pengundi yang bakal membuang undi di Kuala Terengganu, pasti mereka lebih arif kerajaan mana yang patut di pilih. tepuk dada tanya selera.... Tapi bila Budak Sabah tengok Pusat Tamadun Islam masa perasmian hari tu dalam TV, aduh betapa bertuahnya orang orang di Terengganu.

Khamis, 4 Disember 2008

Kutu VS Kutu Sampah

Kelmarin budak Sabah baca peper DBKK pasang kakitangan berbaju biasa tuk tangkap kutu sampah yang kotorkan bandaraya kita yang semakin cantik. Kutu sampah yang ditangkap membuang sampai merata akan didakwa. Budak Sabah setuju betul sebab di KK kan sekarang ni banyak pelancong. Bukan takat orang kl, mat saleh dan korea pun banyak juga ba. Kalau bandar KK bersih itu kan bagus bukan saja kita sihat malah jadi tarikan buat semua.
Pagi ni dalam peper budak Sabah lihat, Majlis Perbandaran Tawau pun buat perkara yang sama dengan melancarkan Kempen Anti Sampah. Kan bagus kalau bandar atau Tanjung bersih dan indah sebab kalau budak Sabah balik Tawau, sejuk mata memandang. Budak Sabah tak sabar mau pigi cari ikan segar di Pasar Besar Tawau. Keropok Amplang pun budak Sabah mau borong. Sedap ba! Kalau tak percaya tanya orang kita he he he.
Cerita pasal kutu sampah ni, budak sabah teringat masa kecil dulu. Masa sekolah rendah kawan kawan perempuan banyak yang berkutu di rambut. Masi ingat lagi lirik pantun pasal kutu ni, kala tak silap macam ni bunyinya.... Aminah anak tok penghulu, dia banyak simpan kutu, bila aminah ......aduh tak ingat da la. Orang bila kalau kita punya kutu time tu, gunakan minyak tanah. Sapu kan minyak tanah ke kepala, biarkan 10 minit gitu baru bilas dengan sabun. Tapi rasa rasanya kutu da masi ada ka hari ni sebab banyak ubat kutu dan syampoo yang boleh digunakan. Pada pandangan budak Sabah kalau kutu boleh dihapuskan di kepada, pasti kutu sampah pun boleh dibasmi. Betul ba kan. Apa komen kawan kawan?

Rabu, 3 Disember 2008

Musim Durian Vs Musim Banjir







Sekarang ni musim hujan. Bila dah musim hujan tau tau la kalau malam tidur kadang kadang menggigil kesejukan. Orang bilang jimat bil bayar penghawa dingin. Tapi dalam hujan hujan ni datang pula musim durian di KK. Orang bilang durian dari Ranau sebab di Sipitang musim durian da lepas. Jadi bagi budak Sabah ngam lah time hujan hujan dan sejuk ni kita makan durian sebelah malam. Cuma yang terkilannya harga durian aduh mak mahal betul. Bayangkan yang reject dan kecil pun dah Rm5 sekilo, kalau yang bagus klonnya tu dalam RM8-12. Tu tak masuk D24 yang harganya macam harga emas. Tapi kalau dah teringin dan meleleh air liur budak Sabah pun beli juga, tu pun kalau kebetulan time gaji. Tu lah penangan buah durian yang jadi rebutan orang kita.






Bila kita bilang pasal hujan ni, bimbang juga sebab musim hujan akan bawa bah atau banjir. Ada kawan kawan kata musim hujan musim buat anak kononnya, tapi rasanya itukan tak bermusim. Bila dah musim hujan lebat, kita kena la sentiasa beringat sebab kalau nampak TV dan paper, banyak kisah mengenai banjir di sana sini. Kebetulan mingu lepas budak Sabah jalan jalan cari angin di Pekan Sook, masa tu air sungai melimpah dan terdapat beberapa jalan tak boleh dilimpas sebab air naik. Kesian juga orang kampung yang mengunakan jalan sebagai laluan utama keluar masuk.. Budak Sabah harap adalah pemimpin kita yang datang menjenguk mereka yang kesusahan. Hulur beras ka, gula ka, tepung ka atau mana mana bantuan yang boleh diberikan.






Budak Sabah pun sentiasa beringat bila hujan lebat takut takut kereta hanyut di bawak arus. tau tau la sekarang ni banjir pun macam biskut chipsmore, sejap ada sekejap tak ada. Hari tu kan budak Sabah dan berangan nak balik cuti di Tawau, cuti pun boss da lulus. Harap harap jalan tak da runtuh atau banjir kalau tidak terpaksa la di KK pusing pusing pasar filipina time cuti. Ok ba tu kan.






O ya satu lagi bagi yang ada dusun durian, time banjir kalau durian tak laku boleh buat kenduri durian. kalau dah kenduri tu ngan lupa pangggil budak Sabah yan sememangnya gila durian.